Piala_Negara_Teluk_2014
Piala_Negara_Teluk_2014

Piala_Negara_Teluk_2014

Piala Negara Teluk 2014 atau Piala Negara Teluk Arab (Bahasa Arab: كأس الخليج العربي‎) merupakan edisi ke-22 pertandingan bola sepak yang diadakan dua tahun sekali, dan akan mengambil tempat di antara 13 dan 26 November di Riyadh, Arab Saudi.[1]Ia dijadualkan berlangsung di Basra, Iraq tetapi telah dipindahkan setelah kebimbangan terhadap persediaan dan keselamatan.[2] Iraq juga dicalonkan untuk menjadi tuan rumah kejohanan tahun 2013, tetapi sebaliknya telah berpindah ke Bahrain. Selepas berpindah ke Arab Saudi, Jeddah pada mulanya diumumkan sebagai bandar tuan rumah tetapi kemudiannya berpindah ke Riyadh.[3]Qatar merangkul piala berprestij itu dengan mengalahkan Arab Saudi 2-1 pada perlawanan akhir.[4][5]