Avikultur Pikau

Telur dan anak pikau, 10 hari menetas.

Burung pikau telah menjadi amat popular untuk diternakkan dan dibiak, dengan banyak mutasi dikembangkan. Burung ini agak tahan lasak sebaik sahaja telah menyesuaikan diri dengan persekitarannya dan akan mengekalkan kebersihan lantai sangkar. Kos untuk membeli dan memeliharanya sangat murah.

Burung pikau ialah pembiak hiperaktif dan membiak pada kadar yang luar biasa. Seekor burung betina boleh mengeluarkan sebiji telur setiap hari jika diberikan diet yang wajar. Burung betina juga mengeluarkan bunyi "berkokok" yang lembut untuk menarik pasangan. Burung pikau tidak memerlukan banyak masa untuk makan dan minum, dan hanya memerlukan sangkar burung yang lebih kurang dua kaki panjangnya untuk membiak, tetapi memerlukan tiga kali lebih banyak ruang untuk hidup biak serta untuk mengelakkan perlawanan. Telurnya boleh dieramkan dengan mudah.