Subspesies Pikau

Spesies ini mempunyai sejarah penyusunan yang panjang, yang mana pernah digolongkan beberapa kali dalam genus Coturnix, kemudian Synoicus, diikuti Excalfactoria. Bukti filogenetik menyokong bahawa spesies ini adalah kepunyaan genus Synoicus bersama dengan puyuh biru (S. adansonii) , puyuh salju (S. monorthonyx) and puyuh perang (S. ypsilophorus).Terdapat sekitar enam subspesies yang dikenal:

  • S. c. chinensis (Linnaeus, 1766) : Burung pikau batu : ditemui dari India dan Sri Lanka hingga ke Semenanjung Malaysia, Indochina, China tenggara dan Taiwan.
  • S. c. trinkutensis Richmond, 1902): dijumpai di kepulauan Andaman dan Nicobar.
  • S. c. lineata (Scopoli, 1786): ditemui di Filipina, Borneo, kepulauan Sunda Kecil, Sulawesi and kepulauan Sula.
  • S. c. lepida Hartlaub, 1879: ditemui di kepulauan Bismarck.
  • S. c. australis Gould, 1865: ditemui di Australia timur
  • S. c. colletti Mathews, 1912: ditemui di Australia laut.