Pilihan_raya_Senat_Amerika_Syarikat_2006
Pilihan_raya_Senat_Amerika_Syarikat_2006

Pilihan_raya_Senat_Amerika_Syarikat_2006

Pilihan raya Senat Amerika Syarika 2006 telah diadakan pada 7 November[2006, dengan 33 daripada 100 kerusi di Senat Amerika Syarikat telah dipertandingkan. Para senator akan dipilih untuk enam tahun seterusnya, dengan satu pertiga daripada kerusi senat dibuka untuk pengundian setiap dua tahun. Tempoh berkhidmat untuk senator yang telah dilantik adalah daripada 3 Januari 2007 hingga 3 Januari 2013. Senator yang telah dilantik pada tahun 2000 (juga dikenali sebagai "Kelas 1") bertanding semula dalam pilihanraya ini ataupun bersara .Calon Demokrat telah menewaskan enam penyandang kerusi senat Republikan: Rick Santorum (Pennsylvania), Mike DeWine (Ohio), Lincoln Chafee (Rhode Island), Conrad Burns (Montana), Jim Talent (Missouri) dan George Allen (Virginia). Pilihan raya ini selesai apabila Senator Montana Burns dan Senator Virginia Allen mengaku kalah. Tiada penyandang daripada Demokrat yang tewas dalam pilihan raya ini. Joe Lieberman (Connecticut) kalah pada pemilihan awal parti Demokrat, tetapi menang apabila bertanding di atas tiket bebas (walaupun dia berkata dia akan bekerjasama dengan Demokrat).Bermula dari 3 Januari 2007, pecahan kerusi di dalam senat akan menjadi 51-49 yang mana memihak kepada Demokrat (termasuklah senator bebas, Bernie Sanders, yang akan bekerjasama dengan Demokrat). Demokrat memerlukan 51 kerusi untuk menguasai senat kerana Naib Presiden Amerika Syarikat (Republikan) akan memecahkan undi sekiranya terikat 50-50 dengan memberikan 1 undi yang memihak kepada Republikan.Pilihan raya Dewan Perwakilan, yang mana Demokrat kembali menguasai majoriti, turut jatuh pada hari yang sama dengan pilihan raya senat. Banyak pilihan raya tempatan dan negeri, termasuklah untuk memilih 36 gabenor, beberapa referendum negeri, turut diadakan. Keputusannya, Demokrat turut berjaya menguasai majoriti daripada gabenor dan ahli majlis perundangan.