Pilihan_raya_kecil_Kajang_2014

Pilihan raya kecil Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N25 Kajang DUN Selangor pada 23 Mac 2014 dan diikuti dengan hari penamaan calon pada 11 Mac 2014.[1][2] Kerusi DUN Kajang menjadi kosong disebabkan ADUNnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari 2014.[3] Lee merupakan ADUN daripada PKR, sebuah parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Beliau memenangi dengan jumlah majoriti sebanyak 6,824 undian, menewaskan lima calon lain semasa PRU-13.[4].Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim telah disahkan bertanding mewakili calon daripada parti komponen Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil ini.[5] Walau bagaimanapun, setelah beliau dikenakan hukuman oleh Mahkamah Rayuan di atas kesalahan meliwat, pencalonan itu terpaksa diberikan kepada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.[6][7] Sementara itu, Barisan Nasional telah menamakan calon daripada naib presiden MCA, Chew Mei Fun. Sebelum ini, beliau pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Petaling Jaya Utara.[8]

Berkaitan