Pilihan_raya_kecil_Pulai_2023

Salahuddin Ayub
Pakatan HarapanTBD
Pilihan raya kecil Parlimen Pulai 2023 ialah pilihan raya kecil kedua selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang bakal diadakan pada 9 September 2023.[1]Menurut undang-undang Malaysia, kekosongan kerusi Dewan Rakyat perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 23 September 2023[2]. Pilihan raya ini akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.[3] Berikutan itu juga, DUN Simpang Jeram yang disandang turut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.