Pilihan_raya_negeri_Melaka_ke-15

Sulaiman Md Ali
Barisan NasionalPilihan raya negeri Melaka ke-15 ialah sebuah pilihan raya negeri yang bakal menyusul di negeri Melaka, Malaysia yang dianjurkan untuk memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, dan dijangka akan dilakukan selewat-lewatnya pada 2023, lima tahun selepas pilihan raya pada 2018. Walau bagaimanapun, pada 5 Oktober 2021, DUN Melaka dibubar secara mengejut dalam situasi kemelut politik Malaysia 2020–21.[1] Hal ini berikutan empat ahli DUN Melaka berkeputusan untuk menarik sokongan terhadap blok kerajaan, yakni Idris Haron, Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad, menyebabkan kerajaan Melaka semasa hilang majoriti dan tumbang.[2] Hal ini membuka ruang kepada kewajiban pilihan raya negeri untuk diadakan.