Pesaing Pilihan_raya_negeri_Selangor_2018

Parti penyandang, Pakatan Harapan telah memutuskan untuk bertanding dengan semua 56 kerusi di Selangor.[22] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan hasrat untuk bertanding di 12 kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas. Parti Amanah Negara (AMANAH) akan menyasarkan untuk bertanding dalam 15 kerusi yang dipegang oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada pilihan raya umum yang lalu. Pakatan Harapan akan memuktamadkan baki 21 kerusi sebelum 23 Februari 2018.[23] Pada 8 Mac 2018, Pakatan Harapan telah berjaya memuktamadkan 50 kerusi. Pakatan Harapan belum memuktamadkan 6 kerusi. Kerusi itu ialah Sungai Panjang, Sungai Burong, Lembah Jaya, Dusun Tua, Seri Serdang dan Kota Damansara.[24]

Pembangkang Barisan Nasional (BN) juga akan bertanding untuk semua 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UNMO) Barisan Nasional (BN) akan bertanding untuk memenangi sebahagian besar kerusi Barisan Nasional (BN). Gagasan Sejahtera juga menyatakan bahawa mereka akan bertanding di semua 56 kerusi di Selangor. Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan bersaing untuk 42 kerusi,[25] manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan bertanding 5 kerusi di Semenyih, Bukit Lanjan, Kota Damansara, Pelabuhan Klang dan Sri Muda.[26]

Parti politik

PakatanParti Lain
PenyandangPembangkang
Pakatan Harapan (PH) Gagasan Sejahtera (GS)Barisan Nasional (BN)

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_negeri_Selangor_2018 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/azmin-ak... http://www.astroawani.com/berita-politik/ppbm-umum... http://www.astroawani.com/berita-politik/pru14-spr... http://azminali.com/kenyataan-media-pembubaran-dew... http://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=1456... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.gengkepoh.com/manifesto-sedia-ada-it-is... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.1media.my/2018/03/manifesto-pas-selango...