Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018
Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018

Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018

Najib Razak
Barisan NasionalMahathir Mohammad
Pakatan HarapanRencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) diadakan pada 9 Mei 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018.[1] Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 24 Jun 2018. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal atas nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 6 Jun 2018. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.222 orang ahli Dewan Rakyat dipilih dari kawasan pemilihan ahli tunggal menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Malaysia tidak mengamalkan pengundian wajib dan pendaftaran pengundi automatik. Umur pengundian adalah 21 tahun ke atas walaupun usia majoriti di negara ini adalah 18 tahun. Pengubahsuaian sempadan pilihan raya untuk seluruh negara telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan kemudiannya diwartakan pada 29 Mac 2018 setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong menjelang pilihan raya umum ke-14.[2] Pilihanraya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.Pada 6 April 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu berkuatkuasa pada 7 April 2018 menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dari Perdana Putra kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet terakhir untuk penggal kali ini.[3][4]Pilihan raya ini dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen Malaysia. Pakatan ini mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat. Ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah, mereka mempunyai 121 kerusi keseluruhannya di Parlimen, cukup bagi membentuk kerajaan baharu.[5][6]Ini merupakan satu kekalahan bersejarah bagi gabungan Barisan Nasional yang belum pernah kalah sebelum ini, sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957, iaitu 61 tahun yang lalu. Ia juga menjadikan Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua, dan pada umur 92 tahun, ketua kerajaan tertua di dunia, namun beliau membayangkan akan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim selepas mendapat pengampunan diraja.[7]

Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018

Kerusi yangdimenangi 124
Pilihan rayalepas 67 kerusi, 37.1%
(Pakatan Rakyat)
Undian popular 5,767,390
Parti Pakatan Harapan (PPBM) + Parti Warisan Sabah
Peratusan 49.54%
Peralihan undi ▲12.44%
Parti pertamaParti keduaParti ketigaPemimpinPartiPemimpin sejakKerusi pemimpinPilihan rayalepasKerusi yangdimenangiPerubahan kerusiUndian popularPeratusanPeralihan undi
 Parti pertamaParti keduaParti ketiga
 
PemimpinMahathir MohamadNajib RazakHadi Awang
PartiPakatan Harapan (PPBM) + Parti Warisan SabahBarisan Nasional (UMNO)Gagasan Sejahtera (PAS)
Pemimpin sejak7 Januari 20183 April 200923 Julai 2002
Kerusi pemimpinLangkawiPekanMarang
Pilihan raya
lepas
67 kerusi, 37.1%
(Pakatan Rakyat)
133 kerusi, 47.38%21 kerusi, 14.78%
(Pakatan Rakyat)
Kerusi yang
dimenangi
1247418
Perubahan kerusi▲ 55▼ 54▼ 4
Undian popular5,767,3903,794,8271,933,435
Peratusan49.54%32%16%
Peralihan undi▲12.44%
Bilangan pengundi 14,940,624
Perubahan kerusi ▲ 55
Pemimpin Mahathir Mohamad
Kerusi pemimpin Langkawi
Pemimpin sejak 7 Januari 2018

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018 http://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pd... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bubar-du... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.astroawani.com/berita-politik/anak-alla... http://www.astroawani.com/berita-politik/buang-und... http://www.astroawani.com/berita-politik/mohd-shaf... http://www.astroawani.com/berita-politik/penentuan... http://www.astroawani.com/berita-politik/ppbm-akan... http://www.astroawani.com/berita-politik/pru14-spr...