Sejarah Pitis

Di Brunei

Nilai ini juga dikenali dengan nama kue (terutamanya keluaran China), paku, atau picil menurut catatan Antonio Pigafetta.[2] Pigafetta menerangkan pada masa beliau berlabuh di Brunei tahun 1521 bahawa picil yang digunakan beliau mempunyai lubang di tengah agar dapat dimasukkan tali serta empat penjurunya mempunyai 4 aksara bertulis "Raja Besar China".[2] 4000 pitis bernilai sama dengan 1 dolar Sepanyol.

Matawang ini digantikan dengan dolar Selat pada kadar bersamaan 4000 pitis[3] atau 800 paku[4] setaraf.

Di Palembang

Pitis digunakan sebagai mata wang utama Kesultanan Palembang dari zaman pemerintahan Sultan Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam[5] sehingga ia dibubarkan kerajaan Belanda tahun 1823. Pitis-pitis ini lazim diperbuat dari timah tulen dan timah hitam baik "tebuk" mahupun "buntu" atau tidak berlubang dengan tulisan Jawi dan tarikh hijriyah ia dihasilkan.[6][7] Pitis-pitis tebuk diikat bersama manakala pitis buntu disimpan berbalut daun dalam suatu kotak kupat.

Di Pantai Timur Semenanjung

Kelantan dan Terengganu menggunakan pitis sebagai salah satu nilai mata wang berurus niaga: 10 pitis bersamaan dengan 1 keping. Ia digantikan dengan dolar Selat tahun 1909