Format Pizza_Hut

Saluran keluar Pizza Hut Ekspres yang lebih kecil memberikan versi menu dikecilkan. Ia ditempatkan di kawasan membeli-belah, terminal lapangan terbang, kedai serbaneka, hotel, kafeteria, stesen minyak, pawagam dan tempat lain. Sebilangannya digabungkan dengan saluran keluar versi ekpres untuk KFC dan Taco Bell.

Kini, Pizza Hut sedang membuka saluran keluar yang baru, serta membentuk semula restoran-restoran yang sedia ada menjadi Pizza Hut Bistro Itali. Pizza Hut Bistro Itali merupakan restoran "makan kasual" dengan menu yang menambahkan 25 jenis makanan ke dalam menu klasik Pizza Hut.

Pizza Hut juga tengah menguji format Pizza Hut WingStreet yang memberikan menu piza bersama-sama dengan pelbagai jenis kepak ayam.

Format Australia

Di Australia, Pizza Hut mengikut model yang berlainan. Selepas percubaan untuk memperkenalkan model Amerika Syarikat dan United Kingdom, Pizza Hut Australia kini mengamalkan perkhidmatan ambil keluar dan penghantaran dengan tempat duduk yang minimum, walaupun masih terdapatnya beberapa restoran yang memberikan tempat duduk untuk makan. Model perniagaan Amerika Syarikat ditamatkan kerana persaingan yang semakin hebat daripada rangkaian makanan segera yang lain. Restoran-restoran Pizza Hut Australia kini bersaing dengan Domino's, Pizza Haven, Eagle Boys dan pelbagai gerai piza yang lain. Keadaan ini sama sahaja dengan negara berjirannya, New Zealand. Di Australia, minyak kacang soya digunakan sebagai ganti untuk minyak sayur bagi kesemua pai, dan sos barbeku disediakan sebagai pilihan lain untuk sos tomato yang biasa digunakan sebagai bahan asas untuk hias atas.