Planet_lautan
Planet_lautan

Planet_lautan

Planet lautan adalah sejenis planet andaian yang mana seluruh permukaannya dilitupi oleh air lautan.Objek-objek planet yang membentuk sistem suria luaran bermula sebagai campuran seperti komet secara kasarnya 50% air dan 50% batu oleh beratnya. Simulasi pembentukan sistem suria telah menunjukkan bahawa planet-planet cenderung untuk, memberikan kemungkinan bahawa migrasi ke dalam atau ke luar apabila mereka terbentuk, planet-planet berais boleh bergerak ke orbit-orbit di mana aisnya mencair kepada bentuk cecair, menukar mereka kepada planet-planet lautan. Kemungkinan ini pertama kali dibincangkan oleh kesussasteraan astronomi profesional oleh Marc Kuchner [1] dan Alain Léger[2] pada tahun 2003. Oleh itu planet-planet secara teorinya menyokomng kehidupan sebegini.Planet luar suria GJ 1214 b adalah calon planet lautan terkini, dengan data jisim dan jejarinya yang sesuai adalah tekal dengan sebuah model berkomposisi 75% H2O (dan 22% Si, 3% Fe).[3][4]