Spesifikasi PlayStation_3

Perkakasan

Cip mikropemproses NVIDIA RSX Reality Synthesizer pada papan induk PlayStation 3

PlayStation 3 menggunakan cip mikropemproses Cell, yang dicipta oleh Sony, Toshiba dan IBM yang berteraskan kepada Power Processing Element (PPE) berkelajuan 3.2 GHz dan lapan Synergistic Processing Elements (SPE)[18][19]. Hanya enam daripada lapan SPE digunakan untuk pembangun permainan video, SPE kelapan tidak digunakan dalam konsol ini manakala SPE ketujuh digunakan oleh sistem operasi konsol ini[20]. Untuk memproses grafik, Sony menggunakan cip mikropemproses NVIDIA RSX Reality Synthesizer yang mampu menghasilkan resolusi skrin daripada 480i/576i sehingga semaksimum 1080p untuk resolusi berdefinisi tinggi (HD)[21]. PlayStation 3 mempunyai memori sebanyak 256 MB untuk memori utama serta 256 MB memori video yang terdapat dalam cip mikropemproses RSX[22].

Sistem teras
Cip mikropemprosesCell PowerPC 3.2 GHz (utama)

NVIDIA RSX (grafik)

RAM256 MB XDR
RAM video256 MB DDR3 RAM
Grafik dan suara
Palet warna32-bit warna
Resolusi skrin480i, 480p, 720p, 1080i, 1080p
Saluran audioSehingga 8 saluran audio, 24-bit, 96kHz

Perisian

Sistem operasi yang digunakan dalam konsol PlayStation diberi nama CellOS, sistem operasi yang berteraskan kepada FreeBSD berdasarkan kepada rekod pengenalan TCP/IP, PlayStation 3 dikenalpasti sebagai FreeBSD[23]. Sistem pengaturcaraan untuk enjin 3D pula menggunakan LibGCM dan PSGL[24], namun begitu kebanyakkan pembangun menggunakan LibGCM yang menawarkan prestasi yang tinggi[25].

PlayStation 3 menggunakan XrossMediaBar (XMB) sebagai antaramuka grafik yang juga digunakan dalam konsol PlayStation Portable, kebanyakkan television Sony BRAVIA serta beberapa produk Sony yang lain. XMB memaparkan ikon yang mendatar di paparan skrin yang dilihat sebagai menu utama. Pengguna boleh memilih menu dengan menggerakkan ke kiri atau ke kanan menggunakan alat pengawal. Apabila sesuatu menu utama dipilih, beberapa menu kecil biasanya akan keluar sama ada dari atas atau ke bawah.

Alat pengawal

Sixaxis

Alat pengawal tanpa wayar Sixaxis (jenama rasmi "SIXAXIS") merupakan alat pengawal tanpa wayar rasmi untuk PlayStation 3 sehingga digantikan dengan alat pengawal DualShock 3. Kesemua alat pengawal Sixaxis yang dijual tidak termasuk dengan kabel USB ke mini USB, tidak termasuk dengan alat pengawal Sixaxis yang dijual bersama konsol. Nama Sixaxis juga merujuk kepada teknologi pengesanan gerakan yang digunakan dalam alat pengawal ini serta DualShock 3.

Alat pengawal ini direka berdasarkan kepada alat pengawal DualShock 2 yang mengekalkan ciri-ciri seperti butang yang sensitif kepada tekanan, susun atur butang serta reka bentuk. Namun begitu, alat pengawal ini mempunyai ciri-ciri tambahan seperti penggunaan teknologi Bluetooth untuk kawalan tanpa wayar serta memiliki teknologi pengesanan gerakan. Alat pengawal ini tidak disertakan motor gegaran. Sixaxis mengubah butang "Analog" yang terdapat dalam DualShock 2 kepada butang berlogo PlayStation yang digunakan untuk mengakses menu pada konsol.

DualShock 3

Alat pengawal DualShock 3

DualShock 3 menggantikan alat pengawal Sixaxis sebagai alat pengawal utama untuk konsol PlayStation 3. Ia memiliki ciri-ciri yang sama seperti Sixaxis tetapi dengan keupayaan gegaran. DualShock 3 juga mempunyai reka bentuk serupa dengan Sixaxis dengan perbezaan hanyalah pada cetakan "DUALSHOCK 3" yang terdapat pada bahagian atas alat pengawal. Fungsi gegaran yang terdapat pada alat pengawal ini tidak mengganggu fungsi pengesanan gerakan, malah ianya boleh digunakan bersama-sama[26]. DualShock 3 juga merupakan alat pengawal tanpa wayar yang mempunyai input USB mini yang digunakan untuk pengecasan bateri.

DualShock 3 dilancarkan bersama-sama dengan konsol PlayStation di Jepun pada 11 Januari 2008, pada mulanya terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan putih ceramik, yang berpadanan dengan model konsol baru yang dilancarkan[27]. Pada 6 Mac 2008, DualShock 3 versi perak satin telah dikeluarkan di Jepun, juga bersama-sama dengan model konsol berwarna yang sama[28]. Pada 30 Oktober 2008, Sony telah memulakan pengeluaran konsol PlayStation 3 bersama alat pengawal DualShock 3[29].


Rujukan

WikiPedia: PlayStation_3 http://www.simbiosys.ca/ehits/index.html http://arstechnica.com/security/news/2009/11/sony-... http://www.bio-itworld.com/issues/2008/july-august... http://blog.cleveland.com/metro/2010/11/defense_de... http://www.consolewatcher.com/2006/08/building-sup... http://www.engadget.com/2008/12/30/hackers-playsta... http://www.gamespot.com/downloads/6158499 http://www.gamespot.com/news/2005/05/16/news_61246... http://ps3.ign.com/articles/614/614682p1.html http://ps3.ign.com/articles/636/636848p1.html