PlayStation_3
PlayStation_3

PlayStation_3

PlayStation 3 (Jepun: プレイステーション 3,, Pureisutēshon Surī, dicap dagang PLAYSTATION 3,[2] tidak rasminya dipendekkan PS3) ialah sebuah konsol permainan video generasi ketujuh keluaran Sony yang ketiga dalam siri PlayStation. Ia adalah pengganti kepada PlayStation dan PlayStation 2 dan merupakan pesaing utama bagi Microsoft Xbox 360 dan Nintendo Wii. PS3 telah dilancarkan pada 11 November 2006 di Jepun, dan 17 November 2006 di Amerika Syarikat, Kanada, Hong Kong dan Taiwan[3]. Ia juga telah dilancarkan di Eropah dan Australia pada Mac 2007[4][5].Konsol ini pertama kali diumumkan dalam acara Electronic Entertainment Expo tahun 2005, dan telah dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2006. PlayStation 3 merupakan konsol pertama yang menggunakan cakera Blu-Ray sebagai media utama[6]. Antara ciri-ciri utama konsol ini seperti perkhidmatan permainan atas talian iaitu PlayStation Network dan ketersambungan antara konsol ini dengan PlayStation Portable dan PlayStation Vita[7].Pasaran konsol PlayStation 3 ini pada mulanya tidak begitu memberangsangkan[8], namun begitu ianya mula mendapat sambutan hangat selepas pelancaran model Slim, iaitu model konsol PlayStation 3 yang lebih kecil secara luarannya. Sehingga bulan Jun 2016, PlayStation 3 telah terjual sebanyak 86 juta unit di seluruh dunia[9]. Manakala generasi PlayStation yang seterusnya, PlayStation 4 dilancarkan pada bulan November 2015. Pada 29 September 2015, Sony mengesahkan penjualan konsol PlayStation 3 akan dihentikan di kawasan New Zealand, manakala pasaran konsol ini di kawasan lain tetap berjalan seperti biasa[10]. Pada bulan Mac 2017, laman rasmi PlayStation 3 untuk bahasa Jepun dikemaskini yang menyatakan bahawa konsol PlayStation 3 akan dihentikan tidak lama lagi[11].

PlayStation_3

Keluarga produk PlayStation
Media Cakera Blu-Ray, DVD, Cakera padat, Cakera Permainan PS2
CPU Cell Broadband Engine 3.2 GHz dengan 1 PPE & 7 SPEs
Pengilang Sony EMCS, Foxconn, ASUSTeK[1]
Pembangun Sony Computer Entertainment
Laman sesawang http://www.playstation.com/ps3/
Ingatan 256 MB (memori sistem) dan 256 MB (memori video)
Pengganti PlayStation 4
Generasi Generasi ketujuh
Muatan storan Cakera keras tetap SATA 2.5 inci (20 GB, 40 GB, 60 GB, 80 GB, 120 GB, 160 GB, 250 GB, 320 GB atau 500 GB)
Ketersediaan runcit
  • 17 November 2006
  • 23 Mac 2007
  • 11 November 2006
Pendahulu PlayStation 2
Jenis Konsol permainan video

Rujukan

WikiPedia: PlayStation_3 http://www.simbiosys.ca/ehits/index.html http://arstechnica.com/security/news/2009/11/sony-... http://www.bio-itworld.com/issues/2008/july-august... http://blog.cleveland.com/metro/2010/11/defense_de... http://www.consolewatcher.com/2006/08/building-sup... http://www.engadget.com/2008/12/30/hackers-playsta... http://www.gamespot.com/downloads/6158499 http://www.gamespot.com/news/2005/05/16/news_61246... http://ps3.ign.com/articles/614/614682p1.html http://ps3.ign.com/articles/636/636848p1.html