Komponen PlayStation_4

Spesifikasi perkakasan

PlayStation 4 menggunakan pemproses yang dibangunkan oleh AMD dengan kerjasama Sony[20]. Pemproses ini menggabungkan cip mikropemproses dan cip mikropemproses untuk grafik serta beberapa komponen lain seperti memori pengawal dan penyahkod video. Cip mikropemproses mempunyai dua empat-teras modul Jaguar, menjadikan ianya berjumlah 8 x86-64 teras[20][21]. Cip mikropemproses untuk grafik pula mempunyai 18 unit pengkomputeran yang mampu menjana sebanyak 1.84 TFLOP dalam penggunaan maksimum[22]. Memori yang menggunakan GDDR5 pula mampu berjalan pada frekuensi 2.75 GHz iaitu nilai maksimum dan mempunyai jalur lebar memori sebanyak 176 GB/s[22][23][24]. Konsol ini juga mempunyai cip mikropemproses kedua yang mengendalikan tugasan seperti muatturun dan muatnaik serta permainan sosial.

Playstation 4 mempunyai sambungan Wi-Fi dan Ethernet terbina serta dua port USB 3.0. Sambungan untuk PlayStation Camera juga disediakan[22]. Sambungan output termasuklah sambungan HDMI serta sambungan audio S/PDIF[22], namun begitu PS4 tidak mempunyai sambungan output grafik analog[25].

Sistem teras
Cip mikropemproses8-teras AMD x86-64 Jaguar 1.60GHz (utama)

1.84 TFLOPS, AMD Radeon™ (grafik)

RAM8GB GDDR5
RAM video256 MB DDR3 RAM (untuk tugas disebalik tabir)
Grafik dan suara
Palet warna32-bit warna
Resolusi skrin480p, 720p, 1080i, 1080p, 2160P
Saluran audioAMD TrueAudio


Alat pengawal

Alat pengawal DualShock 4

DualShock 4 merupakan alat pengawal yang digunakan untuk konsol PlayStation 4[19]. Alat pengawal ini disambungkan ke konsol menggunakan sambungan Bluetooth[26]. Walaupun alat pengawal DualShock 3 yang digunakan untuk konsol PlayStation 3 menggunakan sambungan Bluetooth, ianya tidak boleh digunakan untuk konsol ini[27]. Alat pengawal DualShock 4 memiliki beberapa ciri-ciri baru seperti pad sesentuh di permukaan alat pengawal serta butang Share. Alat pengawal ini juga menyokong pengesanan pergerakan melalui giroskop dan akselerometer serta kualiti gegaran alat pengawal yang lebih baik[26]. DualShock 4 merupakan alat pengawal rasmi PlayStation pertama yang menyokong penggunaan untuk platform Windows[28].

Alat pengawal ini mempunyai beberapa sambungan output. Sambungan audio stereo menyokong sambungan kepada fon telinga biasa yang membolehkan pengguna mendengar dan bercakap menerusinya[26]. Sambungan mikro-USB, dan audio mono juga disediakan. Alat pengawal boleh dicas menggunakan sambungan mikro-USB, peranti pengecasan khas atau melalui konsol itu sendiri[29].

DualShock 4 mempunyai bar cahaya yang memaparkan warna yang berbeza. Paparan warna menerusi bar cahaya ini mampu membantu pemain memaklumkan mengenai status di dalam permainan seperti apabila nyawa karakter di dalam permainan rendah[29]. Bar warna ini juga boleh berinteraksi dengan kamera yang disambungkan ke konsol untuk menambahbaik pengesanan kamera terhadap pergerakan pemain. Ciri-ciri ini adalah berdasarkan kepada teknologi yang digunakan dalam PlayStation Move. Alat pengawal PlayStation Move yang sedia ada juga boleh digunakan untuk konsol PlayStation 4[26][30].

PlayStation VR

Rencana utama: PlayStation VR
Fail:Playstation VR Headset und Controller (28430730093).jpgPlayStation VR dan kamera

Pada bulan Mac 2014, Sony mengumumkan PlayStation VR, peranti realiti maya untuk konsol PlayStation 4 yang menawarkan paparan OLED yang dipasang di muka, memiliki resolusi berdefinisi tinggi penuh 1080p serta pemandangan sekeliling sehingga 100 darjah. Peranti ini dijadualkan untuk dipasarkan pada 13 Oktober 2016[31] dengan harga jualan sebanyak £349, lebih rendah daripada peranti realiti maya Oculus Rift dan HTC Vive[32].

Peranti ini memiliki 9 buah lampu LED yang bertindak sebagai penjejak di bahagian depan, yang kemudiannya dikawal oleh PlayStation Camera. Beberapa buah permainan video yang membolehkan pengguna menggunakan peranti ini telah dilancarkan seperti permainan Resident Evil 7[33].


Rujukan

WikiPedia: PlayStation_4 http://community.amd.com/community/amd-blogs/amd-u... http://www.anandtech.com/show/6976/amds-jaguar-arc... http://news.cnet.com/8301-17938_105-57570456-1/fin... http://www.engadget.com/2013/02/20/playstation-4-m... http://www.engadget.com/2013/02/20/sony-ps4-announ... http://www.engadget.com/2013/07/22/sony-playstatio... http://www.engadget.com/2013/08/20/playstation-4-h... http://www.extremetech.com/gaming/158916-sony-conf... http://www.ft.com/cms/s/0/ea1cdd4c-4c70-11e3-958f-... http://gamingbolt.com/playstation-4-fcc-filing-rev...