Perisian PlayStation_4

Sistem

Sistem operasi yang digunakan dalam konsol PlayStation 4 diberi nama Orbis OS, sistem operasi yang berasaskan kepada FreeBSD 9.0[34][35][36]

Konsol ini secara umumnya tidak memerlukan sambungan Internet untuk bermain, walaupun fungsi tambahan boleh digunakan apabila PlayStation 4 disambung ke Internet[37]. Konsol PlayStation 4 merupakan konsol permainan video pertama yang memiliki pelayar web berteraskan WebKit yang banyak digunakan oleh pelayar web masa kini seperti Google Chrome atau Safari, yang menawarkan fungsi penggunaan HTML5[38].

Konsol ini menggunakan antaramuka grafik yang diberi nama PlayStation Dynamic Menu, yang menampilkan pelbagai skema warna[39]. Konsol ini akan memaparkan identiti pemain, aktiviti terkini serta butiran lain yang perlu dan juga kebolehan untuk mendapatkan trofi dalam PlayStation Network[40]. Untuk log masuk, konsol ini menerima beberapa log masuk yang berlainan serta profil Facebook pemain juga boleh disambungkan kepada akaun PlayStation Network untuk menambah rakan di dalam servis PlayStation 4[41]. PlayStation 4 juga berupaya untuk melakukan tugasan tambahan semasa bermain permainan video seperti membuka pelayar web atau bersembang dengan cara melakukan dwi-sentuh butang PS untuk beralih kepada sesuatu perisian[22].

Multimedia

Sistem PlayStation 4 menyokong penggunaan media Blu-ray dan DVD serta mampu membaca dan memainkan fungsi 3D. Walau bagaimanapun, konsol ini tidak menyokong penggunaan CD[42]. Manakala, terdapat aplikasi terbina dalam konsol ini yang diberi nama Media Player yang boleh digunakan untuk memainkan lagu atau video dari pemacu USB.


Rujukan

WikiPedia: PlayStation_4 http://community.amd.com/community/amd-blogs/amd-u... http://www.anandtech.com/show/6976/amds-jaguar-arc... http://news.cnet.com/8301-17938_105-57570456-1/fin... http://www.engadget.com/2013/02/20/playstation-4-m... http://www.engadget.com/2013/02/20/sony-ps4-announ... http://www.engadget.com/2013/07/22/sony-playstatio... http://www.engadget.com/2013/08/20/playstation-4-h... http://www.extremetech.com/gaming/158916-sony-conf... http://www.ft.com/cms/s/0/ea1cdd4c-4c70-11e3-958f-... http://gamingbolt.com/playstation-4-fcc-filing-rev...