Ciri-ciri PlayStation_X

Konsol ini merupakan alat perakam digital yang disertakan dengan alat kawalan jauh serta input untuk S-Video, Video Komposit dan sambungan RF. Konsol ini juga berupaya menerima siaran VHF dan CATV serta boleh disambungkan dengan PlayStation Portable untuk memindahkan data seperti video dan muzik menggunakan USB[2].

Konsol PSX berupaya untuk memainkan permainan video dari cakera padat yang dikeluarkan untuk PlayStation dan PlayStation 2 kerana cip mikpemproses yang digunakan mampu membaca data dari kedua-dua media tersebut. Permainan video yang memerlukan sambungan Internet juga boleh dimainkan dengan menggunakan sambungan jalur lebar yang tersedia. Manakala permainan video yang memerlukan cakera keras tetap seperti Final Fantasy XI juga boleh dimainkan dengan PSX[3].

Konsol ini juga merupakan peranti pertama Sony yang menggunakan grafik antaramuka XrossMediaBar (XMB) yang kemudiannya digunakan dalam peranti PlayStation Portable, PlayStation 3 dan television Sony BRAVIA[4].