Plot_20_Julai
Plot_20_Julai

Plot_20_Julai

Plot 20 Julai tahun 1944 adalah merujuk kepada satu cubaan yang gagal bagi membunuh Adolf Hitler, pemimpin Nazi Jerman, di dalam markas medan beliau di "Wolf's Lair" berdekatan Rastenburg, Prusia Timur. Plot ini adalah kemuncak usaha oleh kumpulan Penentang Jerman untuk menjatuhkan regim Nazi. Kegagalan kedua-dua usaha pembunuhan dan coup d'état (rampasan kuasa) tentera telah menyebabkan sekurang-kurangnya penangkapan 7,000 orang oleh Gestapo.[1] Berdasarkan rekod Persidangan Führer mengenai Hubungan Tentera Laut, 4,980 orang telah dihukum mati,[2] menyebabkan kemusnahan pergerakan penentang di Jerman.