Nicholas Ong Chong Quan atau lebih dikenali sebagai
Point Blanc (lahir 14 Oktober 1979 di
Ipoh,
Perak,
Malaysia) merupakan seorang rapper, penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan usahawan Malaysia.
[1] Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan hip hop,
Poetic Ammo di mana beliau menerbitkan tiga album bersama kumpulan ini.
[2][3] Selain itu, beliau juga pernah menjadi vokalis utama kedua
Pop Shuvit di mana beliau hanya menerbitkan satu album bersama kumpulan ini.
[4] Selepas Poetic Ammo dibubarkan, beliau bergerak secara solo dan menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Voyeur Records dan menerbitkan dua album solo–Straight To The Point (2007)
[5] dan The Turning Point (2011). Beliau juga memiliki jenama pakaiannya, Voyeurizm.