Kegunaan Pokok_Bunga_Melur

Kebanyakan pokok ini boleh didapati dijadikan sebagai tanaman hiasan dilaman rumah terutamanya di benua Asia.

Di sesetengah negara di dunia, esen haruman bunga melur ini dijadikan dan dicampur untuk bahan minuman. Di China, bunga melur disatukan untuk dijadikan teh herba. Melur jenis jasminum sambac, selalunya diguna sebagai bahan bauan bersama dengan teh, dimana ia dijadikan bahan haruman bauan teh hijau dan kekadang untuk teh Oolong. Penggunaan teh Melur sesuai dipasangkan dengan makanan seperti makanan pedas dan tenusu [1]

Pati bunga melur kebanyakannya dijadikan bahan wangian badan seperti Donna Karan Cashmere Mist dari DKNY. Di Itali, melur casablanca (jasmine officinalle) yang disebut Spansish Jasmine ditanam pada 1692 untuk dijadikan wangian badan. Pada 1665 bunga melur putih (jasminum sambac) pula diperkenalkan oleh Duke Casimo de’ Meici di England. Pada 1919 pula, ditemukan melur jenis jasminum parkeri di kawasan barat laut India.

Keagamaan

Kebanyakan penganut Hindu, akan memberi kalungan bunga melur sebagai tanda pemberian dan pengorbanan diri kepada tuhan-tuhan mereka. Bunga-bunga melur ini, akan dijadikan satu bentuk kalungan dan kemudiannya dikalungkan pada berhala mereka.

Kebudayaan

Pada tahun 1937, Filipina mengambil bunga melur jenis jasminum sambac dijadikan bunga kebangsaan , dan Indonesia pada tahun 1990. Semasa pemilihan bunga kebangsaan Malaysia, bunga melur juga disenaraikan, namun bunga raya telah memenangi undian ramai sebagai bunga kebangsaan Malaysia.

Di Thailand, bunga melur melambangkan keibuan.

Di Malaysia, bunga melur dijadikan selitan didalam lagu kanak-kanak Air Pasang Dalam dan menjadi ilham kepada satu lagu ciptaaan P.Ramlee iaitu Bunga Melor. Melur juga digunakan sebagai nama wirawati dalam cerita klasik Batu Belah Batu Bertangkup, bersama adiknya Pekan (juga nama sejenis bunga).

Bagi India dan sesetengah Melayu (dahulu), terutamanya wanita dan gadis, penggunaan bunga melur diselitkan di bahagian sangul rambut sebagai perhiasan kepala pada upacara dan majlis tertentu.