Kegunaan Pokok_Macang

Buah macang putik mengandungi getah bisa yang mampu menyebabkan bibir dan mulut berkudis. Apabila masak, getahnya terhad pada kulitnya dan buah masak boleh dimakan selepas dikupas. Buah Macang merupakan buah yang sedap dan sungguhpun berbau kuat, rasanya pernah digambarkan sesedap durian, tetapi biasanya tidak dihargai sebagai buah yang dihidangkan di meja. Buah putik biasanya dibasuh dengan air garam dan hirisannya digunakan sebagai bahan rojak dan jeruk masin. Di Borneo buahnya juga biasa digunakan sebagai pengganti asam keping sebagai bahan perasa sambal. Di Malaysia, Ia juga digunakan bagi menghasilkan cutni.

Pokok Macang menghasilkan kayu yang sesuai bagi pembinaan dalam ringan, sementara dan sebagai papan lapis tetapi tidak tahan terdedah. Pulur kayu berbelang sesuai bagi penghasilan perabot.

Daunnya dikatakan mampu meredakan demam (antipiretik) dan bijinya digunakan bagi merawat trikofitosis, trichophytosis, kudis buta (skabies) and eczema. Getah Macang turut digunakan oleh orang asli semenanjung menonjolkan parut tatu.