Pokok_Tualang
Pokok_Tualang

Pokok_Tualang

Pokok Tualang ialah sejenis pokok saka yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Koompassia excelsa (Becc.) Taub.[1] Pokok Tualang merupakan spesies pokok hutan hujan tropika dalam keluarga Fabaceae. Ia banyak didapati di Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Ia merupakan salah satu spesies pokok tropika tertinggi: spesiment tertinggi berukuran 85.8 m[2] atau 88 m[3] (281 atau 289 kaki) tinggi.Pokok Tualang tumbuh kebanyakannya di hutan hujan tanah rendah di mana ia tersergam di atas kanopi. Sebagaimana pokok hutan hujan tinggi yang lain, pokok tualang memiliki akar banir untuk menyokong beratnya. Keadaan akar ini disebabkan kebanyakan zat dalam tanah di hutan hujan berada di permukaan, menjadikan akar yang tersebar lebih berkesan berbanding akar dalam.[4]Tualang mempunyai dahan atas kanopi (sekitar 30 m atau 100 kaki) dan memiliki kulit batang yang licin, yang menarik minat lebah madu gergasi Apis dorsata yang membuat sarang besar mereka dari dahannya. Lebah-lebah tersebut melindungi pokok Tualang daripada pembalak, kerana nilai madu adalah lebih tinggi berbanding kayu balak.[5] Terdapat juga pantang terhadap menebang pokok ini di sebahagian Sarawak, dan hanya pokok yang tumbang (akibat ribut) digunakan sebagai balak.[6]