Poliester ialah kategori
polimer yang mengandungi
kumpulan berfungsi ester pada rantai utamanya . Istilah "poliester" sebagai suatu bahan tertentu biasanya merujuk kepada salah satu jenisnya iaitu
polietilena tereftalat atau singkatannya PET. Kategori ini termasuk bahan kimia semulajadi seperti kutin daripada kulit ari tumbuhan serta bahan sintetik melalui pempolimeran pertumbuhan berlangkah (step-growth polymerization) seperti polibutirat. Poliester semula jadi serta beberapa jenis poliester sintetik
boleh terurai secara semulajadi, namun tidak pada kebanyakan poliester sintetik yang lain. Bahan ini digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian.Gentian poliester kadangkalanya ditenun bersama gentian semula jadi untuk menghasilkan kain dengan pelbagai sifat yang diingini. Kain campuran
kapas dan poliester (sebagai polycotton) bersifat kuat, tahan koyak dan remukan serta kurang mengecut. Gentian sintetik menggunakan poliester yang lebih kalis air, angin dan persekitaran jika dibandingkan dengan gentian terbitan tumbuhan. Gentian-gentian campuran ini juga kurang
kekalisan apinya dan boleh cair saat ia dibakar.
[1]Poliester juga digunakan untuk membuat botol, filem,
terpal, kanu,
paparan hablur cecair, hologram,
penapis, filem dielektrik untuk
kapasitor,
penebat filem untuk
wayar dan pita. Poliester digunakan secara meluas sebagai bahan kemasan pada produk kayu bermutu seperti
gitar,
piano dan dalaman kenderaan/kapal layar. Sifat tiksotropik (thixotropic) poliester semburan menjadikannya ideal untuk kayu berira terbuka kerana ia boleh cepat mengisi ira kayu dengan suatu lapisan tebal setiap semburan. Poliester yang dirawat boleh dikertaspasirkan dan digilap untuk menghasilkan kemasan yang bergilapan tinggi dan tahan lama.