Penerbitan Polis_EVO

Keempat-empat penulis skrip bagi filem ini, Joel So, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini menyatakan pemilihan perkataan EVO di dalam tajuk filem ini bermaksud "evolusi imej polis untuk dibawa ke layar perak."[6] Tiga daripada empat penulis skrip filem ini juga merupakan bekas pelajar Biasiswa Astro, syarikat yang menghasilkan filem ini.[7] Skrip bagi filem ini setebal 180 muka surat, hampir sama dengan jumlah muka surat bagi senaskah novel.[8] Untuk mendapatkan susuk tubuh Inspektor Khai, Shaheizy Sam telah melakukan senaman dalam tempoh lima bulan dari April hingga September 2014.[9][10][11] Zizan Razak pula mengakui filem ini merupakan filem pertamanya yang menggunakan bahasa Melayu Terengganu sepenuhnya. Beliau juga telah mengurangkan aspek komedi dalam pembawaan watak Inspektor Sani atas hasil nasihat pihak Polis.[12] Amerul Affendi pula mendedahkan ini merupakan kali pertama dirinya diberi watak lelaki lembut.[13][14]

Filem ini telah menjalani penggambaraan di Terengganu pada bulan September 2014.[15]

Rujukan

WikiPedia: Polis_EVO http://www.agendadaily.com/Hiburan/zizan-cerita-ki... http://english.astroawani.com/entertainment-news/t... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/biasiswa-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/impak-pol... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/penonton-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/raline-sh... http://www.astroawani.com/video-hiburan/shaheizy-s...