Kesinambungan Polis_EVO

Polis EVO 2

Rencana utama: Polis EVO 2

Penerbitan untuk kesinambungan filem Polis EVO mengambil masa yang lama untuk bermula disebabkan oleh masalah pemilihan lokasi. Rancangan asal penggambaran sepatutnya bermula sebelum Ramadhan (sekitar bulan Mei) 2017. Filem Polis EVO 2 bakal menyaksikan Joel Soh mengambil tugas Ghaz Abu Bakar selaku pengarah untuk filem tersebut dan menyaksikan primadona Melayu, Erra Fazira sebagai pelakon pembantu.[34]

Pelakon Indonesia, Raline Shah pula bakal membawa teraju wanita menggantikan Nora Danish untuk filem terbaru. Beliau telah memuat naik beberapa rakaman video di media sosial yang menunjukkan dia sedang menjalani latihan fizikal di gimnasium bersama-sama Shaheizy Sam sebagai persediaan sebelum penggambaran.[35]

Penggambaran Polis EVO 2 bermula sekitar penghujung Oktober 2017 membabitkan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan. Ia dijangka akan selesai pada Januari 2018 dan akan menyaksikan Zizan Razak dan Shaheizy Sam kembali menghidupkan watak asal mereka iaitu sebagai Inspektor Polis, selain turut menampilkan pelakon lain seperti Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia, Raline Shah.[36]

Polis EVO 3

Filem ini diumumkan pada September 2019, Syafiq Yusof menggalas tanggungjawabnya sebagai pengarah, sekaligus mengambil alih tugas daripada Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama dan Joel Soh dan Andre Chiew yang mengarahkan filem kedua. Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah menandatangani untuk menjayakan semula watak mereka, turut kembali berlakon dalam siri ketiga filem ini ialah Nora Danish dan Eyka Farhana.

Rujukan

WikiPedia: Polis_EVO http://www.agendadaily.com/Hiburan/zizan-cerita-ki... http://english.astroawani.com/entertainment-news/t... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/biasiswa-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/impak-pol... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/penonton-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/raline-sh... http://www.astroawani.com/video-hiburan/shaheizy-s...