Polis_Kebangsaan_Filipina

Polis Kebangsaan Filipina (Filipino: Pambansang Pulisya ng Pilipinas) ialah angkatan polis awam Republik Filipina yang agak baru ditubuhkan iaitu pada 1991.[1] Sebelum ini keamanan negara dijaga oleh pihak tentera di bawah pertubuhan Phillipine Constabulary. Pada 1991 Integrated National Police telah digabungkan dengan Philippine Constabulary. Pertubuhan ini mempunyai ibu pejabat di Quezon City.Ketua polis kebangsaan di negara ini kini ialah Jeneral Pengarah Polis Raul M Bacalzo.