Polis rahsia, kekadang juga digelar
polis politik, ialah agensi polis yang beroperasi secara rahsia bagi melindungi kuasa sesuatu rejim politik atau negara. Ia berkait dengan rejim
autoritarian demi menyokong kuasa politiknya tanpa menghiraukan
kedaulatan undang-undang. Daripada menguatkuasakan kedaulatan undang-undang secara terbuka dan bersedia untuk ditaklukkan oleh
tafahusan awam, sebagaimana dengan
agensi polis yang biasa, pertubuhan polis rahsia bertujuan semata-mata untuk beroperasi di luar lingkup undang-undang bagi menindas
ketaksepakatan politik menerusi tindakan
keganasan dan intimidasi yang sulit (seperti
penculikan,
soal siasat paksaan,
seksa,
buangan dalam negeri,
kehilangan paksaan, dan
pembunuhan politik) yang menyasarkan musuh politik pemerintah.Pasukan polis rahsia hanya bertanggungjawab kepada cabang eksekutif pemerintahan dan kekadang hanya kepada
diktator. Operasi bawah tanah mereka terlindung dan disembunyikan dari orang awam dan pemerintahan kecuali pegawai-pegawai eksekutif yang teratas. Kedudukan separa rasmi itu membenarkan kawalan pemerintahan terhadap rakyat dan pada waktu yang sama, membenarkan pemerintahan menafikan pengetahuan terhadap sebarang pencabulan
kebebasan awam. Agensi polis rahsia sering digunakan sebagai alat penindasan politik. Negara yang polis rahsia amat berkuasa kekadang dirujuk sebagai
negara polis atau negara
risik balas. Berbanding dengan polis rahsia, agensi keselamatan dalam negeri di negara
demokratik yang liberal umumnya tertakluk kepada peraturan pemerintahan, syarat pelaporan, dan langkah-langkah kebertanggungjawapan. Meskipun demikian, masih terdapat kemungkinan bahawa agensi tersebut dapat bertindak di luar undang-undang dan mengambil sesetengah ciri polis rahsia. Dalam sesetengah kes, agensi keselamatan dalam negeri di negara demokratik telah dituduh sebagai polis rahsia. Misalnya, kelompok radikal di
Amerika Syarikat pernah berkali-kali menuduh
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai polis rahsia.
[1] Yang mana satu agensi kerajaan boleh digolongkan, sebahagiannya atau sepenuhnya, sebagai "polis rahsia" masih merupakan suatu pertikaian
ahli sains politik.