Politik_Perlis_2008

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 penuh warna-warni. Begitu juga keadaanya dengan politik di negeri terkecil di Malaysia, Perlis Darul Sunnah. Sebelum ini Perlis digelar sebagai negeri Perlis Indera Kayangan.
Semua ini ada kaitan dengan keperibadian veteran Menteri Besar Perlis , Dato Seri Shahidan Kassim yang semakin Islamik yang mahukan perubahan dalam sikap masyarakat Islam. Lantaran itu beliau telah setuju melantik Mufti Perlis yang baru iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Mufti ini cukup ramai penentangnya tetapi Shahidan juga cukup berani mengambil risiko - melantik pemuda berusia 36 tahun kelahiran Pulau Pinang sebagai mufti.
Datuk Seri Shahidan Kassim sendiri baru pulang dari mengerjakan haji di kota Mekah. Tatkala orang lain bersikap tunggu dulu, Shahidan berpendirian jelas dalam soal ini. Dalm kesibukan menjadi menteri besar Perlis, beliau sempat khatam bahasa Arab dan ujiannya lulus cemerlang .
Tokoh pembangkang di N12 Tambun tulang bukan calang-calang tokoh. Beliau terpaksa berhadapan dengan seorang profesor di bidang agama iaitu Datuk Dr Harun Din. Mungkin pertandingan serupa akan berulang semula pada tahun 2008 ini.
Tambun Tulang terletak dalam parlimen Arau. Strategi 2004, tokoh istana telah ditempatkan bagi menentang tokoh agama. Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail mendapat 17,367 sementara Datuk Dr. Haron Din dari PAS mendapat 14,124 . Ternyata taktik ini berjaya memulihkan keyakinan pengundi Melayu berugama Islam di sana. Tidak pernah terjadi sebelum ini, adik Yang di-Pertuan Agong menjadi wakil rakyat . Alhamdulillah tuanku menang di P003 Arau.
Kawasan P.002 Kangar diwakili oleh tokoh team B satu ketika dahulu. Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad merupakan seorang peguam yang tahu benar tentang undang-undang negara. Bapanya bekas Menteri Besar Perlis era 1970-an iaitu Tan Sri Dato' Syed Ahmad bin Mohd Hashim sezaman dengan Tun Abdul Razak. Anehnya nama beliau tidak disenarai pendek sebagai calon pilihan raya 2008 oleh bahagian Kangar. Sebelum ini beliau mendesak Menteri Besar Perlis ditukar. Tindakan Radzi yang mahu mengetatkan pintu imigresen di Kelian Intan mendapat reaksi negatif dari MB. Ini kerana bukan mudah kawasan itu hendak dimajukan. Tetapi apabila telah dimajukan, kelebihannya hendak disekat pula.Selama ini tidak ada sebarang masalah.
Datuk Azmi Khalid yang menang di parlimen Padang Besar tetapi tidak cukup grassroot sehingga namanya tidak tercalon dalam senarai cawangan. Pada 2 Februari 2008, tersiar berita beliau melenting dalam Utusan Malaysia sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati ahli politik jangan buat kenyataan media.Senarai itu tidak rahsia lagi dan apakah ada tangan-tangan di belakangnya.
Mohd Anuar Mohd Tahir (PAS) yang merupakan bekas pemimpin tertinggi ABIM kini menyertai PAS setelah Anwar Ibrahim dipecat pada 1997. Beliau tewas kepada Datuk Zahidi Zainal Abidin di N.02 Beseri - juga kontroversi.
Tokoh puteri yang ditonjolkan oleh Shahidan Kassim pada tahun 2004 ialah Azihani Datuk Ali . Kemungkinan beliau akan terus dicalonkan buat kali ke-3. Beliau turut menang pada tahun 1999.
Seorang guru telah ditonjolkan sebagai calon di N11 Pauh. Beliau ialah Cikgu Abu Bakar Ismail . Terdapat 27 orang guru bertanding dalam pilihn raya di seluruh Malaysia pada tahun 2004. Antaranya ialah Cikgu Rahmad Musa di N23 Semenyih dan Cikgu Azman Ismail di DUN Bukit Antarabangsa.
Tokoh profesional tidak semestinya menang dalam pilihan raya. Dr Che Rosli Che Mat dari PAS tewas kepada Zahari Bakar.
Ustaz Hashim Jasin pernah dibuang daerah ke Gunung Rapat, Ipoh, Perak sekitar tahun 1984-1986. Beliau merupakan pemimpin tertinggi PAS di Perlis. Beliau tewas kepada tokoh wanita Datuk Mastika Junaidah Husin. Tahun 1999 Ustaz Hashim Jasin menang di N15 Sanglang dengan kelebihan undi 333 sahaja. Jadi beliau ada kekuatan tersendiri.