Definisi Politik_kiri_kanan

KiriKananHuraian
intervensionisme ekonomilaissez-faireSecara amnya, perdebatan politik adalah mengenai setakat mana kerajaan wajar (intervensionisme) atau tidak wajar (laissez-faire) campur tangan dalam ekonomi agar memberi kesan sosial yang dikehendaki. Carta Nolan mencadangkan ini sebagai salah satu paksi perbezaan antara kiri dan kanan.[1] Ini merupakan kebalikan situasi akhir abad ke-18, ketika haluan kiri mendukung laissez-faire sementara haluan kanan pula menyebelahi merkantilisme. Mulai 1980-an, pendirian ekonomi pasaran bebas diterima meluas oleh haluan kanan di kebanyakan negara, terutamanya Amerika Syarikat pimpinan Ronald Reagan, United Kingdom pimpinan Margaret Thatcher,[2] dan Australia.[3] Namun begitu, di merata dunia terdapat banyak pengecualian bagi dikotomi ini; misalnya, sindikalis anarki dianggap berhaluan kiri sungguhpun menentang kawalan ekonomi pusat. Kebelakangan ini, golongan haluan kiri di kebanyakan negara, termasuk Parti Buruh United Kingdom telah banyak menyimpang dari idea perancangan ekonomi sosialis.[4]
kerajaan lebih "besar"kerajaan lebih "kecil"Besar kecil ini memaksudkan dasar dan sikap - namun bilangan kakitangan kerajaan juga dijadikan penentu - dan kepada dasar sosial dan ekonomi dan bukannya institusi dan kegiatan tentera, polis dan kehakiman. Secara amnya, sejak 1980-an, golongan haluan kanan di kebanyakan negara mendukung penswastaan perusahaan dan aset milik kerajaan, maka "mengecilkan" kerajaan; dasar ini dikaitkan khususnya dengan Margaret Thatcher di United Kingdom,[2], serta Brian Mulroney di Kanada, dan juga golongan konservatif Amerika Syarikat yang sezaman seperti Newt Gingrich dan Ronald Reagan.[5][6] Namun begitu, adanya ideologi politik yang berfungsi sebagai tentangan kepada definisi ini - golongan libertarian, haluan kanan autoritarian, sosialis libertarian, sindikalis anarki dan haluan kanan lama.
pengurusan sendiri pekerjaguna tenagaKebanyakan ideologi haluan kiri mengutamakan kepentingan pekerja dan pengurusan kaedah penghasilan [7], sementara ideologi haluan kanan pula mementingkan hak majikan membayar gaji. Di negara-negara fasis, sungguhpun adanya campur tangan kerajaan dalam ekonomi, itupun demi kepentingan perusahaan swasta dan golongan borjuis yang menggeruni kebangkitan parti-parti sosialsi selepas Perang Dunia I. Sokongan untuk Nazisme didapati dari setiap lapisan masyarakat, tetapi kebanyakannya datang dari golongan tengah dan banyak terdiri daripada pekerja kolar putih.
kesamaan hasilkesamaan peluangDua orang pengarang yang menggariskan perbezaan dalam aspek ini ialah Norberto Bobbio dan Danielle Allen. Dalam buku Left and Right: The Significance of a Political Distinction, Bobbio berpendapat bahawa satu-satunya perbezaan yang sahih antara haluan kiri dan kanan ialah pandangan rakyat terhadap idea kesamaan.[8] Golongan haluan kiri dan kanan sama-sama selalu mewar-warkan kesamaan dan kebebasan, tetapi berlainan pula cara kedua-dua pihak mentafsirkan kesamaan dan kebebasan.
kerajaan sekularkerajaan keagamaanPerbezaan ini berakar umbi dari zaman moden awal Eropah ketika perbezaan kiri kanan mula timbul, iaitu Rejim Ancien yang berhaluan kanan rapat dengan gereja Katolik sementara haluan kiri pula anti paderi. Aspek ini masih relevan di Amerika Syarikat, India dan negara-negara Katolik di Eropah, tetapi kini tidak kurang gerakan keagamaan yang berhaluan kiri (seperti teologi kebebasan atau bentuk-bentuk radikalisme Islam tertentu) dan juga golongan ateis atau sekular di haluan kanan.
inovasikonservatismeWalaupun di sesetengah negara 'kanan' dan 'konservatif' seolah-olah bersinonim, namun aspek ini kurang diberi perhatian dalam perbincangan paksi kiri kanan[perlu rujukan]. Antara yang mengetengahkan aspek ini termasuk pengarang haluan kiri Eric Hoffer dari Amerika.
undang-undang menentukan budayabudaya menentukan undang-undangPerumusan ini dikemukakan oleh Senator AS Daniel Patrick Moynihan, tetapi digambarkan terlebih dahulu oleh Edmund Burke.
sifat manusia dan masyarakat mudah dibentuksifat manusia dan masyarakat sukar dibentukInilah satu contoh perbincangan "sifat lawan asuhan". Aspek ini dicadangkan sebagai definisi dikotomi kiri kanan oleh Thomas Sowell, kemudian didukung George Lakoff dalam bukunya Moral Politics.[9] Namun begitu, kebanyakan golongan haluan kiri percaya akan sifat kemanusiaan, termasuk Noam Chomsky yang mengetengahkan sifat kemanusiaan dalam falsafah politiknya[10][11], sementara sesetengah golongan haluan kanan seperti De Maistre terang-terang menolak kesejagatan sifat kemanusiaan.

Rujukan

WikiPedia: Politik_kiri_kanan http://freedomkeys.com/nolancharts.htm http://www.uhuh.com/nwo/communism/leftwing.htm http://www.watchingamerica.com/financialtimesdeuts... http://www.chomsky.info/interviews/199808--.htm http://web.archive.org/web/20060913184447/http://w... http://www.ashbrook.org/publicat/onprin/v1n2/davie... http://www.eduarchive.org/archive/chomsky-foucault... http://www.hoover.org/publications/policyreview/79... http://www.wwcd.org/issues/Lakoff.html http://commentisfree.guardian.co.uk/sunder_katwala...