Keracunan Pompong

Bunga Cerbera odollam

Isirung C. odollam mengandungi cerberin, toksid alkaloid yang kuat berkait dengan digoxin, racun yang terdapat pada foxglove. Racun ini menghalang saluran ion kalsium pada otot jantung, menyebabkan gangguan pada degupan jantung. Ini kebiasaannya menyebabkan kematian. Cerberin adalah sukar dikesan dalam belah siasat dan rasanya boleh dikaburi dengan rempah yang pekat. Dengan itu ia sering digunakan bagi pembunuhan dan membunuh diri di India. Pada tahun 2004, satu pasukan yang diketuai oleh Yvan Gaillard dari Makmal Analytical Toxicology di La Voulte-sur-Rhône, Perancis merekodkan lebih dari 500 kes kematian akibat keracunan Cerbera antara 1989 dan 1999 di barat daya negeri Kerala di India sahaja.[5]

Biji benihnya juga memiliki sejarah silam sebagai racun di Madagascar. Racun ini bertanggung jawab bagi kematian 2% penduduk (3000 orang setiap tahun, 50,000 satu generasi) di daerah tengah Madagascar. Kepercayaan pada ketepatan dan kebenaran perbicaraan melalui ujian menggunakan racun ini amat kuat dikalangan semua orang, sehinggakan orang yang tidak bersalah yang disyaki melakukan kesalahan tidak teragak-agak menjalaninya; sesetengah malah menunjukkan bersungguh-sungguh melakukannya. Dalam satu peristiwa lebih 6,000 orang mati dalam satu ujian.[perlu rujukan] Penggunaan upacara racun di Madagascar dihapuskan pada tahun 1861 oleh Raja Radama II.[6] Bagaimanapun, ia dipercayai bahawa amalan ini masih berlaku dikawasan terpencil di pulau ini.