Perkakasan Port_bersiri

Sesetengah komputer (seperti PC IBM), menggunakan litar bersepadu UART yang menukarkan aksara kepada bentuk bersiri tak segerak (atau sebaliknya), serta mengawal pemasaan dan kerangka data.

Piawaian RS-232 merupakan penyambung 25-pin taip-D, yang biasa digunakan dalam penghantaran sesiri. Kebanyakan perekabentuk komputer peribadi memilih untuk menggunakan hanya sebahagian sahaja daripada kesemua pin-pin piawaian yang ada.

Kebanyakan komputer Macintosh menggunakan piawaian RS-422, iaitu penyambung DIN Jerman.

Baru-baru ini, kemajuan elektronik telah berjaya menghasilkan komunikasi-sesiri yang lebih laju, serta lebih murah, maka komunikasi-sesiri yang baru seperti USB dan FireWire telah mula menggantikan RS-232 pada kebanyakan aplikasi komputer hari ini. Ini membolehkan penyambungan kepada peranti yang tidak boleh beroperasi pada penyambungan yang lebih lambat seperti peranti penstoran, peranti bunyi dan peranti video.

Sistem Pengoperasian biasanya menggunakan nama yang simbolik bagi merujuk kepada pangkalan sesiri komputer. Sistem Unix melabelkan peranti-peranti pangkalan sesiri dengan /dev/ttyS* dimana * mewakili nombor bermula dari 0. Pangkalan sesiri dalam sistem MS-DOS dan Windows pula dirujuk sebagai COM1, COM2, dan sebagainya.