Port_selari

Dalam dunia pengkomputeran (computing), liang selari merupakan antara muka daripada sistem komputer di mana data akan dipindahkan masuk atau keluar secara selari melalui satu atau lebih wayar. Setiap wayar bagi liang selari mengandungi satu bit oleh itu, pendaraban kadar pemindahan diperolehi menerusi kabel tunggal (berlawanan dengan liang bersiri). Terdapat juga beberapa tambahan wayar pada port yang digunakan sebagai kawalan dan status isyarat bagi menunjukkan data telah sedia untuk dihantar atau diterima, mengsetkan butang reset, memaparkan keadaan ralat seperti kertas terkeluar dan sebagainya. Namun begitu, antaramuka USB telah mengantikan liang selari di mana kebanyakan pencetak moden pada masa kini telah disambungkan melalui penyambung USB malahan terdapat juga pencetak yang tidak mempunyai penyambung liang selari. Bagi kebanyakan komputer pada masa kini mendapati bahawa penggunaan liang selari tidak dapat menjimatkan kos dan seterusnya liang selari dianggap sebagai liang warisan (legacy port).