Kegunaan Port_selari

Pada kebiasaanya liang selari digunakan oleh mikropemproses bagi berhubung dengan perkakasan komputer. Jenis liang selari yang paling utama ialah liang pada pencetak, contohnya seperti liang Centronics yang menghantar 8 bit pada masa yang sama. Cakera turut dihubungkan melalui liang selari yang khusus seperti SCSI dan ATA.

Sebelum penyambung USB digunakan secara meluas dalam pasaran barangan komputer, terdapat banyak pemacu cakera bagi sistem Windows menggunakan penyambung yang susah dikendalikan bagi membolehkan perkongsian liang selari dengan pencetak. Masalah ini terjadi apabila era pasaran pengguna sistem Windows mempunyai kekurangan bagi mencari persamaan dengan penyambung SCSI dan penyambung yang bersesuaian adalah menggunakan liang pencetak tunggal.

Liang selari bagi komputer peribadi jenis IBM merupakan liang piawai yang membolehkan voltan logik piawai bagi komputer disetkan terus kepada pin. Ini akan memudahkan para jurutera dan pekerja yang kerap melakukan eksperimen dengan menggunakan komputer yang tidak mahal bagi menguruskan sebarang projek. Secara maya, voltan logik piawai adalah tidak merbahaya kerana menggunakan nilai voltan sebanyak 5 Volt dan dibumikan. Dalam erti kata lain, secara umumnya pemacu elektrik bagi liang selari memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan kerosakan berlaku terhadap alat tersebut.

Liang selari boleh digunakan untuk menyambungkan perkakasan komputer sepertiĀ :

  • Pencetak
  • Pengimbas
  • Pembakar CD (CD burner)
  • Pemacu keras luaran
  • Penyesuai rangkaian (network adapter)
  • Pemacu pita sokongan (tape backup drives)