Penghubung Port_selari

Penyambung liang selari selalunya mempunyai paling kurang 25 pin, kebanyakannya digunakan dan menyebabkan saiz kabel menjadi tebal. Kabel ini mempunyai panjang yang dihadkan di antara 3-8 meter, bergantung kepada liang yang tertentu dan ciri-ciri kabel. Walaupun beberapa piawaian bagi liang selari telah diwujudkan pada hari ini, ia tidak semestinya (terutamanya bagi peranti yang lama), yang kadang-kadang membuatkan pencarian bagi kabel dan perisian pemacu yang sesuai sukar dilakukan.

Satu liang selari yang biasa terdapat pada belakang komputer dan mempunyai 4 jenis pin iaitu:

  • Pin data, biasanya 8 dan kadangkala 16. Ada juga bersama dengan pin bit pariti tambahan. Boleh jadi dalam satu arah atau banyak arah.
  • Pin kawalan, digunakan untuk menghantar isyarat kawalan seperti STROBE dan R/W.
  • Pin status, digunakan untuk menghantar isyarat status seperti BUSY dan ACK untuk memberi isyarat penerimaan bahawa simbol telah berjaya diterima.
  • Pin bumi, untuk melengkapkan litar daripada pin-pin lain.

Baru-baru ini, liang USB telah berkembang luas dan mula mengantikan liang selari kerana USB menjadikan ia mudah untuk menambah lebih daripada satu peranti (contohnya seperti pencetak) kepada komputer.

Di antara contoh-contoh liang selari ialah :

  • IEEE 1284 merupakan piawai IEEE bagi liang komputer peribadi yang biasa.
  • 8255 adalah untuk mikropemproses Intel
  • Z80PIO adalah untuk mikropemproses Zilog

Kegunaan setiap pin apabila digunakan bersama dengan pencetak:

  • Pin 1 – membawa isyarat strob. Ia kekal pada paras antara 2.8 dan 5 V, tetapi kejatuhan voltan di bawah 0.5 V apabila komputer menghantar satu bait data. Kejatuhan ini akan memberitahu pencetak bahawa data sedang dihantar.
  • Pin 2 sehingga pin 9 – digunakan untuk membawa data. Ia menunjukkan bahawa satu bit dengan nilai 1 membawa maksud satu cas 5 V telah dihantar melalui pin yang betul. Nilai 0 menunjukkan tiada cas pada pin.
  • Pin 10 – untuk menghantar isyarat penerimaan daripada pencetak kepada komputer. Seperti pin 1, ia juga mengekalkan cas dan kejatuhan voltan di bawah 0.5 V bertujuan untuk memberitahu komputer bahawa data tersebut telah diterima.
  • Pin 11 – Jika pencetak sangat sibuk, ia akan mengecas pin 11. Kemudian ia akan mengalami kejatuhan voltan di bawah 0.5 V untuk memberitahu komputer ia bersedia untuk menerima data.
  • Pin 12 - Cas dihantar pada pin 12 untuk memberitahu komputer bahawa tiada kertas pada pencetak
  • Pin 13 – Cas dihantar pada pin ini untuk menunjukkan perkakasan tersebut sedang berfungsi.
  • Komputer akan menghantar isyarat suapan automatik kepada pencetak melalui pin 14 dengan menggunakan cas 5 V
  • Jika pencetak mengalami masalah, ia akan mengurangkan voltan kurang dari 0.5 V pada pin 15 untuk memberitahu komputer terdapat satu ralat.
  • Apabila satu tugas mencetak telah bersedia, komputer akan mengurangkan cas pada pin 16 untuk memulakan pencetak.
  • Pin 17 digunakan oleh komputer untuk membuatkan pencetak tidak beroperasi. Ini dilaksanakan dengan menghantar satu cas kepada pencetak dan kekal sehingga mana ia perlu dalam keadaan tidak beroperasi.
  • Pin-pin 18-25 disambung pada bumi dan digunakan sebagai isyarat rujukan bagi cas yang rendah iaitu 0.5 V

Templat:Gerbang sains komputer

Papan induk
Unit pemprosesan pusat (CPU) • Ingatan capaian rawak (RAM) • Ingatan baca sahaja (ROM) • BIOSPCIPCI ExpressUSBHyperTransportCSIAGPISAEISAVLBPapan induk
Pengawal storan
IDESATARAIDSCSICD-ROMCD-RWDVD-ROMDVD-RDVD-RAMDVD-RWPerakam DVDBD-ROMPerakam BD
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Pengawal lain
Media
Rangkaian
Peranti masukan
Peranti keluaran
Perkakasan lain