Portal:Sejarah

Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Slogan Ganyang Malaysia turut lahir dari peristiwa ini.• Arkib • (Baca Lagi...)• ArkibProfesor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim (Bahasa Cina: 邱繼金; pinyin: Qiū Jiājīn; Pe̍h-ōe-jī: Khu Ke-kim: Jawi: خاو كي كيم; Lahir 28 Mac 1937 - Meninggal 28 Mei 2019) ialah seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia. Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk The Beginnings of Political Extremism in Malaya 1915-1935 (Permulaan Politik Ekstremisme di Malaya 1915-1935, diterbitkan pada 1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang profesor sejarah di Kolej Universiti Malaya. Khoo adalah salah seorang pengarang Rukunegara. Beliau adalah seorang akademik kebangsaan Malaysia yang sangat dihormati kerana pandangan beliau mengenai sukan tempatan dan isu-isu sosio-politik.• Arkib • (Baca lagi ...)Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sejarah, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.— Didie 07:45, 24 Ogos 2007 (UTC)- Khairul akmal 02.57, 14 April 2011 (UTC)- Sylarius (bincang) 04:06, 12 Oktober 2011 (UTC)- Rachun Dunia (bincang) 12:46, 14 Jun 2017 (UTC)- Keluang hitam (bincang) 00:20, 8 September 2017 (UTC)- Ricky250 (bincang) 01:36, 23 Januari 2020 (UTC)Purge server cache