Tenaga boleh diperbaharui adalah
tenaga yang berasal dari
sumber semula jadi seperti
sinar matahari,
angin,
hujan,
pasang surut dan
geoterma yang boleh
diperbaharui (boleh diganti secara semula jadi). Pada tahun 2008, sekitar 19% dari pengambilan tenaga global berasal daripada tenaga boleh diperbaharui dengan 10% datangnya daripada
biojisim tradisional, yang digunakan terutamanya untuk
pemanasan, dan 3.4% daripada
hidroelektrik.
Tenaga baru boleh diperbaharui (hidro kecil, biojisim moden, angin, suria, geoterma dan bahan api bio) menyumbang 2.8% yang lain dan ia kini berkembang dengan pesat.
Kuasa angin yang tumbuh sebanyak 30% setahun, dengan keupayaan kuasa angin terpasang 282,482
megawatt (MW) pada penghujung tahun tahun 2012 dan ia digunakan secara meluas di
Eropah,
Asia, dan
Amerika Syarikat. Pada akhir tahun 2012, keupayaan
fotovoltaik (PV) di seluruh dunia ialah 100,000 MW dan stesen janakuasa PV yang masyhur terletak di
Jerman dan
Sepanyol. Stesen
janakuasa terma suria beroperasi di Amerika Syarikat dan Sepanyol. Stesen terbesarnya ialah dekat loji janakuasa 354 MW SEGS di
Gurun Mojave. Pemasangan
tenaga geoterma terbesar di dunia ialah di
The Geysers, California dengan keupayaan sehingga 750 MW. Brazil mempunyai salah satu program tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia, yang melibatkan pengeluaran
bahan api etanol daripada tebu, dan etanol kini menyediakan 18% bahan bakar automotif di negara itu. Bahan api etanol juga banyak terdapat di Amerika Syarikat.Walaupun terdapat banyak projek tenaga boleh diperbaharui yang dijalankan secara besar-besaran, teknologi boleh diperbaharui juga sesuai dijalankan di kawasan
luar bandar dan daerah terpencil di mana tenaga sangat penting dalam
pembangunan manusia. Sehingga tahun 2011, sistem PV suria kecil telah menyediakan bekalan elektrik kepada berjuta-juta isi rumah dan sistem hidro kecil yang ditatarajah kepada grid kecil juga dijalankan untuk penduduk. Lebih daripada 44 juta isi rumah menggunakan pencerna
biogas bagi tujuan pencahayaan dan memasak manakala lebih 166 juta isi rumah bergantung kepada dapur memasak biojisim generasi baru.Kebimbangan terhadap
perubahan iklim, ditambah pula dengan
kenaikan harga minyak dan sokongan kerajaan yang semakin meningkat mendorong kepada peningkatan terhadap undang-undang, insentif dan
pengkomersialan berkenaan tenaga boleh diperbaharui. Dasar, peraturan dan perbelanjaan kerajaan yang baru membantu dalam menangkis
krisis kewangan global dengan lebih baik berbanding sektor lain.
Portal:Tenaga boleh diperbaharui/Rencana pilihan/1Portal:Tenaga boleh diperbaharui/Biografi pilihan/1Portal:Tenaga boleh diperbaharui/Tahukah anda/1Portal:Tenaga boleh diperbaharui/WikiProjectsTemplat:Berita Portal:Tenaga boleh diperbaharui/Tenaga boleh diperbaharuiPortal:Tenaga boleh diperbaharui/Petikan/1Portal:Tenaga boleh diperbaharui/Portal berkaitan Albedo · Peristiwa ikatan · Awan paksa · Tindakbalas · Pengglasieran · Penyejukan global · Kebolehubahan lautan (
AMO · ENSO · IOD · PDO)
· Perubahan orbit · Orbit paksa · Perubahan suria · Volkanisme Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Perubahan Iklim (UNFCCC / FCCC) · Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) · Penafian perubahan iklimTemplat:Link FA