Sejarah Poskad

Kad yang disertakan dengan mesej tertentu sudah lama digunakan dalam pengiriman pos sejak kewujudan perkhidmatan ini. Namun, konsep poskad bergambar terawal yang dikenal pasti telah dicetuskan oleh seorang penulis bernama Theodore Hook yang mengirimkan sekeping kad dengan lakaran karikatur pekerja pos dan sekeping setem Penny Black kepada dirinya sendiri di Fulham, London pada tahun 1840.[1][2] Poskad tersebut dijual dengan harga 31,750 pound sterling dalam suatu lelongan pada tahun 2002.[2]

Poskad bergambar pertama di mana imej kad tersebut diperlakukan sebagai suatu cenderamata dihantar dari kota Vienna, Austria pada tahun 1871. [3]