Presiden

Presiden ialah jawatan yang dipegang oleh kebanyakan ketua-ketua organisasi, syarikat, universiti, dan juga negara. Perkataan presiden ialah pinjaman bahasa Inggeris, president yang merupakan pinjaman daripada bahasa Latin prae- "sebelum" dan sedere "menduduki") atau orang yang menduduki tempat tertinggi sebagai ketua. Pada asalnya, terma ini merujuk kepada pegawai yang mengetuai upacara atau mesyuarat (misalnya Pengerusi); tetapi hari ini ia merujuk kepada pegawai berkuasa eksekutif.Selain itu, Presiden ialah pangkat bagi ketua negara sebuah negara republik, yang dipilih oleh rakyat, dipilih oleh penggubal undang-undang atau kolej pilihanraya khas. Ramai diktator kerap mengambil pangkat Presiden.