Presiden_Chile
Presiden_Chile

Presiden_Chile

Presiden Republik Chile (Bahasa Sepanyol: Presidente de la República de Chile) ialah ketua negara dan ketua kerajaan Republik Chile. Presiden bertanggungjawab terhadap pentadbiran kerajaan dan negara.[1] Walaupun peranan dan kepentingan jawatan presiden berubah dalam sejarah Chile, dan juga kedudukan dan perhubungan jawatan tersebut dengan jawatan-jawatan lain dalam politik Chile, Presiden Chile masih merupakan seorang yang penting dalam kancah politik Chile. Presiden dianggap satu daripada institusi yang membentuk "Perlembagaan Bersejarah Chile", dan diperlukan buat kestabilan politik negara itu.[2]Di bawah Perlembagaan kini (diguna pakai dalam tahun 1980), Presiden dilantik untuk tempoh selama empat tahun, dan ditegah daripada diundi semula selepas tamat tempoh perkhidmatannya. Tempoh yang lebih pendek ini (sebelumnya tempoh adalah selama enam tahun) membolehkan penyeragaman pengundian parlimen dan presiden. Kediaman rasmi Presiden Chile ialah Istana La Moneda di ibu kota negara itu, Santiago.