Presidensi_Umum_Penyelidikan_Islam_dan_Kefatwaan
Presidensi_Umum_Penyelidikan_Islam_dan_Kefatwaan

Presidensi_Umum_Penyelidikan_Islam_dan_Kefatwaan

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Arab Saudi
Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan (sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Islam dan Kefatwaan, Bahasa Arab: الرئاسة العامة للبحوث العلمية و الإفتاء‎, translit. al-Riʾāsatu al-ʿAmmatu lil-Buḥūṯ al-ʿIlmiyya wal-Iftāʾ) merupakan agensi berkaitan agama Islam di Arab Saudi yang ditubuhkan oleh Raja bagi membincangkan hal-hal berkaitan perundangan Islam (fiqah) dan menyediakan kertas kajian kepada Majlis Ulama Kanan yang akan menasihati Raja dalam hal ehwal agama Islam. Keanggotaannya diambil dari Majlis Ulama Kanan - yang mana presidensi umum ini merupakan salah satu jawatankuasa di dalam majlis tersebut - dan mempunyai sebilangan ulama Sunni yang pakar dalam ilmu fiqah di Arab Saudi. Ketua bagi presidensi umum ini ialah Mufti Besar Arab Saudi.Penetapan hukum atau fatwa di Arab Saudi hanya dihadkan kepada anggota Majlis Ulama Kanan dan beberapa ulama yang lain sahaja[1]