Sejarah Pristin

Pra-debut

Sepuluh ahli Nayoung, Roa, Yuha, Eunwoo, Rena, Kyulkyung dan Xiyeon telah bertanding rancangan realiti televisyen Mnet Produce 101, yang disiarkan dari 22 Januari hingga 1 April 2016.[5] Sedangkan lima daripada mereka telah tersingkir, Nayoung dan Kyulkyung menjadi sebahagian daripada barisan terakhir untuk projek kumpulan gadis I.O.I, yang memulakan debutnya pada 4 Mei dengan single "Dream Girls".[2]

Pledis Girlz

Kumpulan ini secara rasmi diumumkan sebagai Pledis Girlz oleh Pledis Entertainment pada 23 Mac 2016. Pada hari yang sama, Eunwoo dan Vernon Seventeen telah berduet untuk lagu "Sickness" iaitu untuk soundtrack webtoon Love Revolution.[6] Pledis Girlz mengadakan konsert dari 14 Mei hingga 10 September 2016, di mana para ahli akan melakukan persembahan mingguan, kecuali Nayoung dan Kyulkyung, yang sedang mempromosikan bersama I.O.I pada masa itu.[7][8]

Pada 27 Jun, mereka melancarkan single promosi "We", yang ditulis oleh Roa, Eunwoo, Sungyeon dan Xiyeon. Video muzik untuk lagu ini digunakan untuk memperkenalkan profil ahli.[9]

Mereka mengadakan konsert terakhir mereka sebagai Pledis Girlz, bertajuk Bye & Hi pada 6 Januari 2017 dan mengumumkan nama kumpulan rasmi mereka sebagai Pristin, portmanteau dari kata-kata "prismatic" (terang dan jelas) dan "elastin" (kekuatan sempurna).[10][11]

2017: Debut dengan Hi! Pristin, Schxxl Out dan Kyla hiatus

Pada 2 Mac, 2017, Pledis Entertainment mengumumkan debut kumpulan menerusi gambar teaser.[12] Akhirnya, pada 21 Mac, Pristin secara rasminya debut dan mengeluarkan album mini pertama mereka "Hi! Pristin", dengan single utama "Wee Woo".[3] Mereka menjadi kumpulan gadis rookie pertama yang menpersembahkan lagu pertama mereka pada siaran langsung semasa Mnet Present.[13] Pristin juga merupakan sebahagian daripada barisan untuk festival KCON yang diadakan di Jepun pada 19 Mei.[14] Pada hari yang sama, versi remix dari "Black Widow" telah dikeluarkan sebagai single kedua dan terakhir album, yang dilakukan pada beberapa pertunjukan muzik untuk menpromosikan Hi Pristin .[15][16]

Selepas mereka selesai mempromosikan album debut mereka, gadis-gadis ini mendedahkan rancangan mereka untuk membuat comeback pada musim panas tahun 2017 menerusi siaran langsung Facebook dan dengan laman web Chinese entertainment website Idols of Asia, pada bulan Mei 22.[17] Pada 3 Jun, mereka tampil di Concert Dream 2017 di Seoul World Cup Stadium.[18] Pada 6 Ogos, Pristin mengadakan siaranh langsung melalui V-Live Naver, di mana mereka mendedahkan nama fandom mereka yang dipanggil "HIgh", yang dicadangkan oleh para peminat sendiri.[19] Pada hari yang sama, dua gambar teaser telah didedahkan, mengesahkan comeback kumpulan ini. Album mini kedua mereka Schxxl Out dikeluarkan pada 23 Ogos, bersama dengan single utama "We Like".[20]

Pada 12 Oktober, diumumkan bahawa Kyla akan berehat dari aktiviti kumpulan kerana masalah kesihatan. Dia kembali ke Amerika Syarikat untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya.[21]

2018: Pristin V

Pada 8 Mei 2018, diumumkan bahawa Pristin akan debut dengan sub-unit bernama Pristin V, yang terdiri daripada Nayoung, Roa, Eunwoo, Rena dan Kyulkyung. Pristin V membuat debut mereka pada 28 Mei 2018 dengan album single Like A V.

2019: Dibubarkan

Pada 24 Mei 2019, Pristin secara rasmi dibubarkan.[22] Pledis Entertainment mengumumkan bahawa Kyulkyung, Yehana, dan Sungyeon tidak akan meninggalkan syarikat manakala tujuh yang lain (Xiyeon, Rena, Roa, Kyla, Nayoung, Yuha, dan Eunwoo) akan meninggalkan syarikat.[23]

Rujukan

WikiPedia: Pristin http://www.billboard.com/biz/charts/2017-04-08/wor... http://www.billboard.com/biz/charts/world-digital-... http://www.billboard.com/charts/world-albums http://www.billboard.com/charts/world-albums/2017-... http://www.billboard.com/charts/world-albums/2017-... http://news20.busan.com/controller/newsController.... http://sports.donga.com/3/all/20160322/77143859/2 http://isplus.live.joins.com/news/article/article.... http://kconjapan.com/lineup.php http://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=1006...