Program_nuklear_Iran

Program nuklear Iran dilancarkan pada era 1950-an dengan bantuan Amerika Syarikat sebagai sebahagian program Atoms for Peace.[1] Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran membubarkan program ini untuk seketika. Dengan sokongan yang rapuh dari negara-negara barat, Iran menghidupkan semula program nuklearnya. Negara Iran buat masa ini mempunyai beberapa makmal penyelidikan nuklear, dua buah lombong uranium, sebuah reaktor penyelidikan nuklear dan tiga buah loji pengayaan uranium.[2]Iran mengumumkan bahawa program nuklear mereka adalah untuk menjana tenaga elektrik,[3] tetapi Amerika Syarikat dan beberapa negara lain mendakwa Iran cuba membangunkan senjata nuklear. Namun begitu, pegawai-pegawai kerajaan Iran menyangkal dakwaan ini. Loji kuasa nuklear pertama Iran yang telah lama tergendala, Bushehr I, dijangka akan mula beroperasi pada musim panas 2010.[4]

Rujukan

WikiPedia: Program_nuklear_Iran http://www.chicagotribune.com/news/nationworld/chi... http://www.economist.com/blogs/democracyinamerica/... http://www.ft.com/cms/s/0/d48886e2-6192-11df-aa80-... http://www.iran-daily.com/1384/2419/pdf/i3.pdf http://www.washingtonpost.com/world/national-secur... http://www.washingtonpost.com/wp-srv/nation/pdf/ir... http://www.parisschoolofeconomics.eu/docs/haidar-j... http://www.armscontrol.org/act/2010_04/Putin http://www.armscontrol.org/factsheets/Iran_Nuclear... http://www.un.org/News/Press/docs/2008/sc9268.doc....