Ptolemaios_si_Pesumbang
Ptolemaios_si_Pesumbang

Ptolemaios_si_Pesumbang

Ptolemaios si Pesumbang (Yunani: Πτολεμαῖος Φιλάδελφοςcode: el is deprecated Ptolemaios Philadelphos; 309 – 28 Januari 246 SM,[1] bahasa Inggeris: Ptolemy II Philadelphuscode: en is deprecated ; 367 SM - 283 SM) adalah penguasa kedua kerajaan Mesir dalam wangsa berdarah Yunani Makaduniah selepas ayahandanya Ptolemaios I, panglima yang berkhidmat di bawah Alexander Agung. Baginda juga penguasa bersama kerajaan tersebut setelah diisytiharkan oleh ayahandanya pada 28 Mac 284 SM.[2][3]Gelarannya kerana hubungan sumbang mahram dilakukan secara perkahwinan dengan kakandanya Arsinoe pada 273/2 SM; perkahwinan tersebut meneruskan adat diraja firaun Mesir Purba selain dianggap mencontohi hubungan dewa Zeus dan dewi Hera dalam mitologi Yunani,[4] Walaupun perkahwinan tersebut dilihat dipandang jelek oleh orang Yunani sendiri, ia diikuti raja-raja wangsa ini kemudiannya.[5]Penganut agama Kristian mengenal pemerintahan raja ini dalam latar masa ayat-ayat kisah yang dibukukan dalam Kitab Daniel.[6][7]