Wangsa_Ptolemy
Wangsa_Ptolemy

Wangsa_Ptolemy

Wangsa Ptolemaios (Bahasa Yunani Kuno: Πτολεμαῖοιcode: grc is deprecated , Ptolemaioicode: grc is deprecated , Bahasa Inggeris: Ptolemaic dynasty) adalah dinasti berbangsa Yunani dari kerajaan Makaduniah[1][2][3][4][5] yang menguasai Mesir kira-kira selama 305 SM-30 SM. Dinasti Ptolemeus didirikan oleh salah seorang jeneral dari pasukan Alexander Agung, Ptolemaios si Penyelamat. Kerana Alexander Agung tidak memiliki pewaris takhta, maka setelah kemangkatan di tahun 323 SM para jeneralnya membahagi-bahagikan daerah kekuasaan kerajaan baginda di antara mereka.Pada tahun 305 SM, setelah menguasai Mesir, Ptolemaios mengangkat dirinya sebagai Raja (yakni Ptolemaios I) untuk seluruh warga Mesir. Keturunannya menguasai Mesir hingga jatuh ke tangan bangsa Rom pada tahun 30 M oleh Augustus.Salah satu keturunan Ptolemeus yang terkenal adalah Cleopatra VII, ratu terakhir sebelum Mesir jatuh ke tangan bangsa Rom.