Pengangkutan Puchong,_Selangor

Puchong mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang kurang baik dan kurang cekap. Ini kerana perkhidmatan bas yang sedia ada amat kurang memuaskan oleh kerana masa perjalanan yang tidak menentu. Di samping itu, perkhidmatan teksi juga tidak mengikut meter dan ini boleh didapati disekitar IOI Mall dan Tesco. Oleh kerana itu RapidKL telah menstrukturkan semula perkhidmatan bas ini dengan menyediakan bas-bas transit yang selesa dan mengikut waktu bagi menggantikan perkhidmatan bas yang sedia ada. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban pengguna perkhidmatan awam di Puchong

Oleh kerana kawasan Puchong merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat, kerajaan persekutuan telah meluluskan satu projek mega untuk memanjangkan jaringan Star LRT ke Puchong dari stesen Sri Petaling bagi memenuhi keperluan penduduk Puchong. Kertas cadangan ini telah pun dipersetujui oleh parlimen dan peruntukan sebanyak RM 10 bilion telah diluluskan bagi memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang. Cadangan ini telah pun diluluskan dan kerja-kerja gunatanah sedang giat dijalankan. Puchong akan menerima 13 stesen baru.

Di samping itu, Puchong mempunyai jaringan jalan raya yang amat baik dan sistematik. Selain Jalan Puchong, Puchong mudah dihubungi melalui pelbagai lebuh raya seperti: