Teksi
Teksi

Teksi

Teksi ialah sejenis kenderaan sewa yang dipandu oleh seorang pemandu untuk mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang, ke destinasi pilihan mereka, berbeza sekali dengan pengangkutan awam lain yang mana lokasi turun naik ditetapkan oleh pengendali perkhidmatan, bukannya penumpang. Istilah teksi berasal daripada istilah taxicab, iaitu singkatan taximeter cab yang dicipta oleh Harry N. Allen, yang mengimport kereta teksi pertama ke Bandaraya New York dari Perancis. Perkataan cab ialah singkatan untuk cabriolet, iaitu sejenis kereta kuda.Selain itu, taximeter diadaptasi dari perkataan Perancis taximètre, yang diterbitkan dari taxameter dalam bahasa Jerman, yang berasal dari Bahasa Latin Pertengahan iaitu taxa yang bererti 'cukai', digabungkan dengan perkataan meter dari metron dalam bahasa Yunani yang bermaksud 'ukuran'.[1]