PukiWiki

PukiWiki ialah perisian Wiki Jepun yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP.Dicipta dan dikembangkan sehingga versi 1.3 oleh Yu-ji (juga dikenali sebagai Sng), PukiWiki kini dikendalikan oleh sepasukan pembangun selepas persaraan penciptanya. Walaupun wiki ini bermula sebagai satu cabang YukiWiki, klon WikiWikiWeb, ia kini diterima secara meluas sebagai enjin wiki yang tersendiri.Kefungsian PukiWiki boleh diperluas secara bebas dengan memasang plugin (perisian tambahan). Selain daripada sebilangan plugin yang tergolong dalam pakej edarannya, terdapat juga banyak plugin tak rasmi yang boleh didapati.