Sejarah Pulau_Buton

Rencana utama: Kesultanan Buton

Buton dikenali dalam sejarah Indonesia kerana telah tercatat dalam naskhah Nagarakretagama karya Prapanca pada tahun 1365 Masihi dengan menyebut "Buton" atau "Butuni" sebagai Negeri (Desa) Keresian atau tempat tinggal para resi di mana terdapatnya sebuah taman yang didirikan dalam lingga serta saluran air. Rajanya digelar Yang Mulia Mahaguru. Nama "Pulau Buton" juga telah dikenali sejak zaman pemerintahan Majapahit. Patih Gajah Mada dalam Sumpah Palapa, juga menyebut nama Pulau Buton.