Pulau_Kapalai

Pulau Kapalai merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Semporna negeri Sabah, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga. Keindahan Pulau Kapalai yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih menarik para pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Kapalai, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Kapalai yang terletak di Semporna ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih.Pulau Kapalai mempunyai kemudahan resort bagi para pengunjung yang berminat untuk tinggal di situ beberapa hari. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan di sini, seperti pakej snorkelling, pakej bulan madu, pakej menyelam dan juga pakej percutian. Pulau Kapalai yang terletak di perairan Semporna, Sabah masyhur di kalangan pengunjung kerana mempunyai pemandangan yang cantik, air laut yang jernih serta pasir nya yang putih bersih. Pelbagai hidupan laut yang terdapat di terumbu karang sekelilingnya menjadikan pulau ini sentiasa menjadi destinasi popular di kalangan para 'penyelam'.Pulau Kapalai, hanya terletak 15 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan, merupakan sebuah pulau terindahyang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih. Berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot, kini rumah perkampungan terapung hanya terletak di atas lebihan Terumbu Karang Ligitan sahaja. Semua bangunan dan resort yang dibina kini hanya mempunyai tiang pasak di bawah air sahaja.