Geografi Pulau_Kapalai

Pulau Kapalai merupakan pulau yang terletak di sebelah pantai timur di daerah Semporna, negeri Sabah. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Semporna di negeri Sabah. Pulau Kapalai memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang dan aktiviti selam skuba. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh.

Pulau Kapalai terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari pantai timur daratan Pulau Borneo. Ini menyebabkan lokasi pulau ini jauh dari bunyi bising kota, tetapi pelancong yang hadir ke pulau ini akan dapat mendengar dan melihat pesawat dari Kota Kinabalu yang melintasi ruang udara pulau ini setiap sejam sekali untuk mendarat ke Lapangan Terbang Tawau.

Pulau Kapalai memiliki terumbu karang yang mempunyai pelbagai hidupan laut yang menarik untuk dilihat. Ini menjadikan aktiviti menyelam sebagai aktiviti utama di sini.